Wednesday 7 April 2021

Covid-19 Oh Covid, cabaran hidup yang perlu dihargai

Realiti Kesan Covid-19, Self- Reflection. Ini juga adalah pandangan peribadi saya sebagai orang awam, tapi lebih terfokus kepada graduan yang menghabiskan pengajian pada tahun 2020. Cabaran Covid19 dirasai oleh segenap kehidupan. Dari segi ekonomi itu kita mmg tak boleh dinafikan, ekonomi negara sgt terjejas. Begitu juga, ekonomi keluarga juga tidak terkecuali

Pada tahun 2020, ditakdirkan saya telah menghabiskan pengajian PhD secara rasmi (Jan, 2020, baru masuk senate, saya viva pada 5 May 2019). Pengajian PhD sy bermula pada tahun 2014, Februari. Lama kan. Dari anak buah kecil, sampai masuk sekolah tak habis-habis belajarnya. Anak buah pun tanya, belum konvo lagi ye mokngos? 

Lepas viva 2019, saya rancang untuk buat industry attachment abroad. Nak hold convocation that year, sebab nak kena ada status pelajar untuk apply. Lambat la kan, orang buat time dalam pengajian..kita hujung-hujung baru nak apply. Baru ada kesedaran nak apply. Dapat offer dari satu institute under student exchange program (big data institute).. Makanya, siapkan la correction thesis..Makin masa juga..Tup tup, December 2020 baru siap semua. and thesis endorse January 2021. 

Bila dah settle bahagian thesis, bum! Covid hit. Tak boleh cross-border, and banyak isu-isu yang timbul. Family and financial la mostly. Berbeku la hasrat nk buat industry attachment, dan proceed lah dapatkan senate letter dan bermulalah episod sebagai graduan PhD & suri rumah.

Yang sedeh sekali, part convocationlah, 2020.  Tiada konvo untuk semua universiti, UTHM tidak terkecuali. Tapi pihak UTHM hanya diistihar sahaja, membolehkan kita dapat sijil jela. Sijil di pos di rumah. Rasanya semua graduan 2020 akan terkilan sebab tiada konvo kan, mak ayah nak tengok kita on stage ambil skroll. Begitu juga la mama, hasrat nak tgk kita on stage pakai bonnet. Pelaburan lima tahun, yang diharapkan di hargai. Sampai sekarang, 2021 majlis meraikan pun tiada, mungkin kehadapan hari ada la tu perancangan universiti. Mengharap boleh la rasa on stage pakai bonnet tu.

Bukan itu je, sejak Covid hit kita semua. graduan 2020 terasa. Banyak industry xboleh nak beroperasi macam biasa, ramai orang kena retrenchment. Begitu juga la industri pendidikan. Baru-baru ni ada baca universiti swasta ada yang kena tutup sebab kos operasi. Itu tanda-tanda kemerosotan industri pendidikan. Jadinya, tiadalah pengambilan staf baru. Yang ada pun nak kena buang.

Tapi kehidupan kena diteruskan, kita merancang, tapi perancangan kita tak boleh menandingi rancangan Nya. Ada usaha-usaha Covid yang menampakkan hasil sekarang. Alhamdullilah. Kalau tiada covid, tiada la usaha-usaha tersebut. Dari perspektif lain, covid buat kita rasa, ada la bakat lain yang kita boleh asah. kalau asah, menjadi ni. Kalau tak asah, tak tahu menjadi ke tidak kan. Nanti cerita part ni kemudian. 

No comments:

Post a Comment

Tulis tesis dalam Bahasa Inggeris, walaupun tak terer..

    Hi readers,  Confession Straight to the point.  I memang student yang struggle dalam Language. Both Bahasa dan English. Masa sekolah, me...