Wednesday 8 September 2021

Tulis tesis dalam Bahasa Inggeris, walaupun tak terer..


    Hi readers, 

Confession

Straight to the point.  I memang student yang struggle dalam Language. Both Bahasa dan English. Masa sekolah, memang susah sangat nak score A dalam Exam. Masa SPM, mmg struggle gila, I noticed my English Teacher put her too much effort nak I buat terbaik, and score subject dia. Masa dapat result SPM, she is the one yg datang peluk I. Haha. Sebab tak expect kot I dapat A2 subject dia (this memory still fresh).

The struggles

    So basically, that my journey. Masuk matriculation pun tetap struggle. Tapi dah OK sikit. tak dela nampak "bodoh-bodoh" alam, sebab kira I dah boleh join club " The average".  Setakat nak score MUET band - 3 lepas. Gitu la perasaan nya. Masa matriculation ni I dah "start suka" baca buku English, since belajar pun dalam English kan masa tu. Start suka tu, maksudnya, I dah baca Novel English (jarang la abes bacanya). Habis matruculation, masuk degree, pun join group "the average lagi", tp kalau ada jawatan tu kira boleh jadi AJK group la. My English growing, I dah boleh present well - meet the average standard- dalam English. Lagi, sambung buat Master,  still dalam group "the average", tp diibaratkan jawatan tu yang boleh dapat, ketua EXCO la tu.. I dah rasa my Language capability growing.  One of the indicators, I rasa. (Rasa eh) I dah start baca English novel dan berjaya habiskan. And, I akan tgk movie, without subs, or dengan English Subtitle.

       The real struggles 

Dengan berbekalkan Ilmu tak seberapa, I sambung buat PhD. Allahuakbar. Thank you for the journey. Mmg bersyukur sangat, sampi ke PhD I ditakdirkan sambung belajar. Masa buat PhD, mmg real struggle.. Level English nak kena jadi kayangan. Dia bukan susah, tapi nak kena tolerate dgn term, key, style scientific writing. Nak kena structure my broken English to satu tahap yang dia selayakkan untuk buat PhD. I igt lagi, my first article post out for publication masa I first year buat PhD. One of the reviewer's comment is my English..

    " Your English is far below average"

Malu la. Dapat comment gitu. Tapi my supervisor once said, ini biasa sebab kita bukan native speaker, so, common la kalau dapat comment gini. just betulkan n proofread je. 

Dalam Phd Journey I, my SV lah yang sangat sabar dengan my English. Kadang tu dia nampak beliau frust. " Haiyo, xlarat nak betullkan grammar u, pergi proofread" (baca dengan slang chinese sikit ye). That time,  nekad i kena improve my English at least to the acceptable standard and I boleh write up, and SV boleh terus comment content bukan my English. 

First thing i buat, I decided tulis tesis dalam Bahasa Inggeris. Memang ada cabaran dan kelebihannya. First, mmg kita akan dapat banyak resources, so kita akan dapat banyak point of view. Bila dah ada banyak resources, banyak la part yang kita kena doubled-work..nak faham content dan summarize kerja-kerja orang, and discuss dengan apa yang kita kena buat. Kalau I attend international conference, I akan mingle cakap dengan mat/mat - minah/minah mat salleh. Active participation katakan, selain nak dapatkan idea pasal research,and the same time kita test power kita cakap omputih. Kena pandai bawa diri. Kalau fresh researcher, buat cara fresh one ya. jangan over sangat. Kita nak belajar cakap omputih je. 

Dalam tulis tesis itu, banyak la perkara-perkara yang kita akan telitikan, kita belajar, grammar, structure ayat semula la..so, mmg i grow naturally in term of writing and comprehension. Akhirnya, I boleh siapkan my thesis fully in English, no one percaya. I pun tak percaya dengan diri I. Maybe ada la salah silap yang I tak perasan dalam final manuscript tu, kalau orang terror English baca, mesti akan ada komen itu ini. Tp itula, semampu I buat during that time. To date, I rasa I masih dalam group "the average" tapi pangkat boleh dapat Majlis tertinggi la kot., belum boleh jadi president. haha. Still learning and improving. Cakap pun "Manglish" lagi, xde accent British pun. Cakap dengan member omputih tu, still dorang faham, and kita faham dia. Boleh la tu.

 

So konklusinya, kita xpandai kena belajar, slow-slow janji ada progress. I doakan orang-orang yang sabar dengan I, yang sama-sama berada dalam perjalanan English I ni Allah grant with endless rezki. Anyone yang still in early stage nak tulis tesis, boleh la consider buat dalam English, cabar diri sendiri je. (to those yg sgt struggle dengan English je tau)

  

 

 

Yang tulis, 

A 

 

         

        

     

No comments:

Post a Comment

Tulis tesis dalam Bahasa Inggeris, walaupun tak terer..

    Hi readers,  Confession Straight to the point.  I memang student yang struggle dalam Language. Both Bahasa dan English. Masa sekolah, me...