Wednesday 7 April 2021

Covid-19 Oh Covid, cabaran hidup yang perlu dihargai

Realiti Kesan Covid-19, Self- Reflection. Ini juga adalah pandangan peribadi saya sebagai orang awam, tapi lebih terfokus kepada graduan yang menghabiskan pengajian pada tahun 2020. Cabaran Covid19 dirasai oleh segenap kehidupan. Dari segi ekonomi itu kita mmg tak boleh dinafikan, ekonomi negara sgt terjejas. Begitu juga, ekonomi keluarga juga tidak terkecuali

Pada tahun 2020, ditakdirkan saya telah menghabiskan pengajian PhD secara rasmi (Jan, 2020, baru masuk senate, saya viva pada 5 May 2019). Pengajian PhD sy bermula pada tahun 2014, Februari. Lama kan. Dari anak buah kecil, sampai masuk sekolah tak habis-habis belajarnya. Anak buah pun tanya, belum konvo lagi ye mokngos? 

Lepas viva 2019, saya rancang untuk buat industry attachment abroad. Nak hold convocation that year, sebab nak kena ada status pelajar untuk apply. Lambat la kan, orang buat time dalam pengajian..kita hujung-hujung baru nak apply. Baru ada kesedaran nak apply. Dapat offer dari satu institute under student exchange program (big data institute).. Makanya, siapkan la correction thesis..Makin masa juga..Tup tup, December 2020 baru siap semua. and thesis endorse January 2021. 

Bila dah settle bahagian thesis, bum! Covid hit. Tak boleh cross-border, and banyak isu-isu yang timbul. Family and financial la mostly. Berbeku la hasrat nk buat industry attachment, dan proceed lah dapatkan senate letter dan bermulalah episod sebagai graduan PhD & suri rumah.

Yang sedeh sekali, part convocationlah, 2020.  Tiada konvo untuk semua universiti, UTHM tidak terkecuali. Tapi pihak UTHM hanya diistihar sahaja, membolehkan kita dapat sijil jela. Sijil di pos di rumah. Rasanya semua graduan 2020 akan terkilan sebab tiada konvo kan, mak ayah nak tengok kita on stage ambil skroll. Begitu juga la mama, hasrat nak tgk kita on stage pakai bonnet. Pelaburan lima tahun, yang diharapkan di hargai. Sampai sekarang, 2021 majlis meraikan pun tiada, mungkin kehadapan hari ada la tu perancangan universiti. Mengharap boleh la rasa on stage pakai bonnet tu.

Bukan itu je, sejak Covid hit kita semua. graduan 2020 terasa. Banyak industry xboleh nak beroperasi macam biasa, ramai orang kena retrenchment. Begitu juga la industri pendidikan. Baru-baru ni ada baca universiti swasta ada yang kena tutup sebab kos operasi. Itu tanda-tanda kemerosotan industri pendidikan. Jadinya, tiadalah pengambilan staf baru. Yang ada pun nak kena buang.

Tapi kehidupan kena diteruskan, kita merancang, tapi perancangan kita tak boleh menandingi rancangan Nya. Ada usaha-usaha Covid yang menampakkan hasil sekarang. Alhamdullilah. Kalau tiada covid, tiada la usaha-usaha tersebut. Dari perspektif lain, covid buat kita rasa, ada la bakat lain yang kita boleh asah. kalau asah, menjadi ni. Kalau tak asah, tak tahu menjadi ke tidak kan. Nanti cerita part ni kemudian. 

Tuesday 6 April 2021

Checklist Barang Camping, Newbie

Good day, readers.

As a parents, mmg akan plan nak buat aktiviti apa untuk anak-anak kan. Jadi, salah satu daripadanya aktiviti outdoor lah. Aktiviti outdoor yang sekarang menjadi trend adalah family camping. Masa PKP 2020,  as new parent kami decided nak pergi camping, berangan nak buat aktiviti camping, lagipun KZ dah besar sikit (1 tahun 4 bulan, sekarang dah 2 tahun 4 bulan, April 2021 lah) Masa PKP banyak la masa terluang, banyak la planning-planning nak buat, biasala kan..kita tak biasa berkurung..kena berkurung jadi banyak la berangan itu.

Sejak PKP tu, kita start la collect barang-barang camping.. Beli sikit-sikit. Tgk review utube, dan cuba search barang-barang online. Mostly barang-barang camping kita beli online Lazada, Shoppe, and BangGood jela. Bila dah boleh keluar, PKPB..boleh la pergi Decathalon (Shah Alam la kot paling best) sebab pergi decathlon KL-east mall & Old Klang Road, kecil je. 

Checklist Barang Camping ( 2 adults + 1 Toddler), Barang ni bukan wajib..tapi yang ni kami sediakan as nak bagi frugal & comfort sikit sebab ada toddler. List ni yang kami guna untuk checklist nak packing.

Barang Besar

  • Khemah
  • Fly Sheet
  • Kerusi X2 adult
  • Kerusi baby KZ
  • Tikar
  • Bantal
  • Tilam angin
  • Pelapik Tilam
  • Hammock
  • Selimut
  • Pam angin
  • Table
  • Wagon
  • Parang
Alatan Lampu
  • Torch light
  • Headlamp
  • Lantern (untuk dalam khemah)
  • Power Bank ( 30k mAH)
  • Kipas
Barang Masak
  • Pan/Kuali/Periuk
  • Pisau X2
  • Chopping board
  • Dapur
  • Gas
  • Plastik Sampah
  • Kole air
  • Cerek/ Bekas Air
  • Senduk dan angkatannya
  • Sudu garpu
  • Iced pax (pastikan before pergi khemah dah masuk dalam peti ais)
  • Iced box
  • Minyak masak
  • Beras
  • Gula/Garam/Serbuk Perasa
  • Sos
  • Air masak
  • Pinggan/Mangkuk
  • BBQ grate
  • Sepit BBQ
  • Arang
  • Plastic Sampah
*Barang masak dia flexible, ikut plan makanan kami time camping

Pakaian
  • Baju mandi, baju kering, baju tido.
  • Baju KZ
  • Towel
  • Kain sarung
  • Plastics Baju Kotor
First aid
  • Minyak KZ
  • Insect repellent
Lain-lain
  • Toys/Book KZ
  • Kudapan
Okay, ni list yang kita bawa jela..list ini subjektif..boleh bawa apa yang rasa penting, tak penting tak perlu bawa, janji praktikal, selesa dan menyusahkan..list ni boleh dijadikan rujukan..list ni basic nak packing..nanti dia akan beranak dengan jaya..Bila 2 kali trip wagon tu..faham jela barang banyak mana.

Yang Menulis,
A.




Tulis tesis dalam Bahasa Inggeris, walaupun tak terer..

    Hi readers,  Confession Straight to the point.  I memang student yang struggle dalam Language. Both Bahasa dan English. Masa sekolah, me...