Monday 31 May 2021

Part Untung, Masa buat PhD

Hi, 

Long story short, nak list apa yang "untung" masa buat PhD. Mmg perjalan PhD sy lama almost (6 years). Nak tahu kenapa lama sangat buat PhD. ada orang buat PhD 18 bulan jek kan :P.  Nanti la cerita part yang lama sangat buat PhD tu.. 

Skrg nak tulis apa yang paling "untung" masa buat PhD. Tak nak cerita pasal menda2 cliche, 

belajar menda baru (mmg la kan, nama lagi belajar), supervisor best (nnt cerita apa yang best), kawan-kawan (tak ramai, tapi supportive dan gila), tp dalam masa berkawan dan xpernah gaduh, masa buat PhD ada gaduh dgn dua org mbr (Sorg sebab salah faham je :(  so, sad. Sorry beb, xde sebab nak gaduh - tak mature je), sorg lagi mmg tak boleh go (haha), 

Okay sambung, part untung masa belajar

  • Duit banyak haha - Dapat biasiswa dari KPM, RM2300 sebulan (dapat 4 bulan sekali lumpsum), gaji research assistant, RM1500 sebulan, pastu kerja dgn 1 company server (last 2 year je, RM 2300++ sebulan.. Bayangkan betapa banyak duit (zaman tu la, dan bujang)
  • Pergi Japan, Free atas tiket pergi conference. Bukan free pun sebenarnya, yg ni duit dari saving grant (RM 10K ++ )
  • Bawak mama dgn anesa pergi Bali, Indonesia - pun atas tiket conference. Just guna duit elaun dan kerja je. (Nak bawak lagi dua orang ni)
  • Ada kakak yang supporting - hujung minggu je call, nak g rumah..sebab tahu kalau pergi rumah kakak, mesti dapat makan best-best.,(makan dekat luar, bukan dia masak pun, hehe) plus ada nadrah.  Hmm, boleh tak sedekah Al-fatihah untuk arwah abg ipar,  Ridhuan Rani, 
  • Pergi kursus free, covered by grant la kan..for sure
  • Pergi singapore, bawak Rima - pun FREE, atas tiket conference - yg ni lepas kawen dah 2017. 4 hari ;epas kawen terus pergi conference. hehe
  • Masak-masak, makan-makan, lepak minum kopi dengan Dy,  Tido dalam ofis. 
  • Banyak masa, sampai boleh join running, mcam every Month ada je nak g running event. 
  • Dapat beli kereta - loan ye. 2022 InsyaAllah abes bayar 

Apa-apa tu, syukur Alhamdullilah, Allah dah grant the best memories 6 tahun dekat parit raja buat Phd. PhD dapat, pengalaman dapat.


Yang Tulis, 

A.



Part Rugi, masa buat Phd.

 

Berapa lama buat phd, 

My timeline buat phd, 

Register, 03 March 2014

Viva, 05 May 2019

Senate, April 2020

Yes, lama betul buat PhD. Tapi setiap apa yang sy lalui semasa buat PhD mmg dihargai. Tiada apa yang boleh ganti dan tukar. Kenal ramai orang, pergi pelbagai tempat, belajar banyak menda baru. Macam-macam buat.

Entry ni, saya nak highlight part rugi yang sy untuk diri sya.

  • In term of working experience, sy mmg takde official working experience.  Industrial experience pun takde, even skrg mostly company or institute yg pergi interview ada highlight working experience
  • Kahwin lambat, yg ni sebenarnya exceptional. Sebab mmg takde plan nak kawen masa study. Tapi hujung-hujung buat PhD ada org ajak kawen.  Tp nak letak juga dalam list. ( Boleh je kawen masa study, cuma tak kuat nak handle both husband and PhD workload).
  • Trip nak travel "Trans-Siberian" route naik tren tergendala (sampai sekarang) sebab tak boleh nak cuti lama, terikat dengan kerja-kerja hakiki
  • Tak boleh beli rumah lagi, even dah umur 33 tahun. Sebab ekonomi tak stable, bank pun xnak bagi loan kalau xde source income
  • Sabah Sarawak tak pernah sampai lagi 

Tapi, apa - apa pun bersyukur, tiada apa yg terkilan..tp mengharap ada sinar dihujung terowong post-PhD ni.


Yang tulis, 

A.


Tulis tesis dalam Bahasa Inggeris, walaupun tak terer..

    Hi readers,  Confession Straight to the point.  I memang student yang struggle dalam Language. Both Bahasa dan English. Masa sekolah, me...